Kenapa dengan Paraben?

 Selama ni, korang tahu tak apa dia paraben?

 Atas desakan dalam media sosial, kita pun mula mencari produk organik dan kosmetik tanpa paraben. Paraben itu bahaya, tapi apakah bahaya paraben ini? Jom baca lebih lanjut perihal bahaya paraben ini.


Paraben adalah kumpulan bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet dalam lotion, conditioner, shampoo, deodorant bahkan menjadi pengawet bahan makanan dan minuman. Struktur asas bahan ini diperlukan untuk menjadikan produk itu likat , ada 'bentuk' serta tahan lama.
Image result for paraben
Ia juga merupakan bahan pengawet yang digunakan di dalam formulasi kosmetik yang mencegah pertumbuhan mikroorganisma/kulat semasa tempoh penyimpanan/ jangka hayat produk kosmetik.Bahan ini terdaftar pada label, dengan nama antara lain; Methylparaben, Butylparaben, Ethylparaben, Benzylparaben, Isobutylparaben, dan Propylparaben. Bahan ini juga dijual dengan nama kosmetik yang berbeza, termasuk Germaben II dan Minyak LiquiPar.

Bahan ini boleh digunakan di dalam formulasi produk kosmetik pada had yang dibenarkan sahaja. (sila rujuk lama web BPFK). 
 The European Journal of Cancer Prevention melaporkan bahawa penggunaan produk yang mengandung paraben dan seringnya memakai deodorant ada kaitannya dengan awal mula terdiagnosanya kanser payudara. Oleh itu ada kemungkinan produk yang setiap hari kita sapu setiap hari boleh menyumbang ke arah meningkatnya statistik kanser setiap hari.

Bahaya Atau Tidak Paraben Ini?

1)Paraben ni menyerupai hormon dan ia boleh menggangu fungsi sistem endocrine . Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem badan seperti tiroid, ovari, hypothalamus dan juga sistem peranakkan lelaki, jika berlebihan. Tapi biasanya lotion kita pakai setiap hari kan? Bukan sekali je kan? Malah sehingga 5 kali sehari.


2) Penghasilan estrogen yang tidak normal akan meransang kanser payudara. Penyerapan paraben boleh mengalakkan penghasilan estrogen yang tidak normal. Ini boleh dijadikan alasan yang cukup besar untuk anda menjauhi produk yang mengandungi paraben.


3)Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya sapuan diatas kulit. Paraben yang diambil melalui kulit atau sapuan adalah lebih pekat berbanding melalui minuman iaitu sebanyak 10 kali ganda.
4)Sekiranya mempunyai kulit yang sensitif, paraben akan menyebabkan reaksi allergi dan ruam kulit. Kebanyakkan produk penjagaan kulit mendakwa ia adalah selamat untuk kulit sensitif walaupun mengandungi paraben. Penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah, dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan masaalah kulit yang serius.
Kesimpulannya, Mencegah lebih baik dari mengubati kan? Elakkan paraben kerana ia memberi kesan tidak baik pada kulit dan badan kita pada jangka masa yang panjang. Kita tak tahu kan? Better safe dan sorry!
Oleh itu, untuk lebih selamat, Pilihlah produk yang TIDAK MEMPUNYAI PARABEN langsung. PARABEN FREE. Setiap langkaha tau perubahan kita hari ini membawa makna buat masa hadapan. Siapa jangka berapa banyak yang kita telah masukkan dalam diri kita dari hari ke hari kan?



 


 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

No comments:

Powered by Blogger.