Manfaat Berjalan kaki
Berjalan kaki dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit seperti:
1. Demensia
Orang dewasa yang berjalan sejauh 10 km hingga 15 km dalam seminggu kurang berisiko untuk mngalami kelemahan fungsi otak ketika meningkat umur, termasuklah demensia.
2. Diabetes
Berjalan kaki selama 30 minit sehari selama 5 hari setiap seminggu serta perubahan diet secara sederhana mampu mengurangkan risiko diabetes jenis ke-2.
3. Penyakit Jantung
Berjalan kaki selama 30 minit sehari selama 5 hari seminggu juga mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, membantu mengurangkan tekanan, kolestrol dan juga tekann darah tinggi.
4. Artritis
Berjalan kaki boleh mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan fungsi, pergerakan, emosi, dan kualiti hidup tanpa memburukkan simptom yang dialami.
5. Kemurungan
Berjalan kaki dapat mengalakan penghasilan hormon endorfin, memberi ketenangan, mencegah rasa bimbang keterlaluan dan kemurungan.
Aishah Jalani 019-3643991 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
No comments: